Monday, February 23, 2009

Acara Mencari Tanah

  1. Lepas kembali daripada lawatan sambil belajar di Tangkak dan Muar, kami pulang ke Kuala Lumpur dengan harapan.
  2. Tetapi yang menjadi masalah ketika di Jasin ialah acara mendapatkan tanah.
  3. Tanah menjadikan halangan yang sangat sukar bagi kami kerana tanpa tanah bagaimanalah manusia dapat menanam mayat ke dalamnya
  4. Begitu juga menanam jagung
  5. Kami dalam dilema ketika di Jasin sama ada ingin menanam jagung di Johor, mengusahakan tanah bapak Pariz, mencari tanah-tanah kerajaan, mencari tanah di Hulu langat dan area Selangor serta mencari beberapa tanah pajak yang lain.
  6. Kesukaran mendapatkan tanah menyebabkan aktiviti kami tersangkut-sangkut dan tidak dapat berjalan lancar.
  7. Kami tidak lagi pergi ke mana-mana jabatan kerajaan kerana merasakan semua itu adalah perlakuan karut semata-mata.
  8. Banyak nasihat yang diperolehi, tetapi yang boleh digunakan ialah tanam dahulu, baru minta pertolongan atau minta loan senang.
  9. yang penting apabila orang kerajaan ingin melihat tanah anda, pastikan ia berisi dengan tanaman kemudian barulah pihak kerajaan atau bank boleh melakukan peranan mereka
  10. Jadi aktiviti jagung banyak terhenti dan banyak masa dihabiskan dengan melepak dan hisap rokok kerana tidak mendapat tanah
  11. Nasib kami baik kerana kebetulan Kerol atau sahabat baik saya menjadi penyelesaian kepada kemelut kami
  12. Bapak Kerol mempunyai tanah seluas 7ekar di Hulu langat. Lawatan demi lawatan dibuat ke tapak prospek
  13. Yang menariknya bapak Kerol sangat pemurah. Kami tidak dikenakan apa2 bayaran untuk menggunakan tanah tersebut
  14. Bapak Kerol cakap..' Baik awak gune,, daripada pakcik biar tanah tu kosong, pakcik dosa, ade orang gune lagi bagus. Bayaran tu tak payahlah.'
  15. Begitu murah hati dan mulia bapak Kerol.
  16. Kalau diikutkan area hulu langat sewa untuk pertanian seekar dalam rm500 sebulan
  17. Bayangkan.
  18. Kalau kami buat 3 tahun berapa banyak kami jimat
  19. tapi kami terpaksa mencarikan Kerol seorang awek dan membekal rokok padanya
  20. Jadi halangan demi halangan dilepasi.

Nasihat Abang Asri di Tangkak

Kalau nak buat pertanian ni kene berani. Tak berani tak boleh. Lepas tu da buat kene bersungguh sungguh. Lagi satu jangan putus asa. Tak leh putus asa. Jangan putus kasih dengan awek. Itu tambahan saya sahaja

Hari keempat Di Tangkak

  1. hari keempat pagi2 lagi ako dan pedot gerak ke Tangkak untuk melawat Jabatan Pertanian Daerah Tangkak
  2. Pariz awal2 lagi da kejot kitorang untuk bangun pagi, ye la die takde takot2 kitorang tak bangun pulak.
  3. tapi al kisahnya mmg agak terlambat jugak la kitorang ke Tangkak wlaupun sangat dekat jaraknya
  4. Ape2 pon kitorang gerak dari Jasin tenghari
  5. Singgah makan otw ke Tangkak
  6. Tapi sepanjang2 perjalanan mmg tak jumpe langsong ladang jagung seperti yang digembar gemburkan jab Pertanian Muar
  7. Sampai di Tangkak Pedot bawak satu kedai yang menjual baja.
  8. Kendian sampai di Jab Pertanian Tangkak
  9. Sambutan yang agak hambar pada permulaan
  10. quote yang tak dapat dilupakan.' Kamu nak bertani? berenti kerja nak bertani? hai orang sibuk nak bekerja kamu nak bertani'
  11. Kendian Jab Tangkak marah Muar pasal diver kitorang ke Tangkak dan macam2 hal
  12. dapat borak sekejap dengan pakcik india wat kebun
  13. Cakap kitorang nak tanam jagung die tunjuk simbol GOOD
  14. dapat tau kat jab Pertanian bleh dapat subsisi baja. Bukan subsidi tapi dapat beli murah
  15. pastuh leh apply atau mohon untuk dapat projek pertanian asalkan ade tanah.
  16. Kerajaan akan supply semua bende, kite hanya jalankan dan diselia oleh pegawai daerah
  17. Tau lagi pasal TKPM
  18. Pedot dapat curi jadual jagung manis
  19. Kitorang buat networking sendiri
  20. Hajat untuk buat lawatan field trip ke kebun tercapai bile diperkenalkan dengan seorang pekebun area Sagil.
  21. Melawat ladang brader Asri di Sagil
  22. sangat mengagumkan sebab brader Asri baru 8 bulan mula pertanian, tapi hasil die sekarang perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......
  23. Ako mencucuk brader Asri pasal pendapatan dan duit die tapi die macam malu2..alasan die banyak nak kene bayar..ade la sikit dan bla bla bla...
  24. Tapi dalam otak kiraan ako adalah dalam 50K die wat sebulan..mungkin lebih.
  25. Die wat style tanaman tumpang. Nak tau ape? tanye ako nanti.
  26. Cerite pasal kawan cine die pajak Cempedak 15 ekar sekarang jutawan
  27. Die ade kolam dan cerite pasal jagung serta bendi die
  28. Die nasihatkan kitorang wat sayur pasal leh petik hari2
  29. Jalan2 di ladang die dan die mmg sangat baik dan bagus
  30. Siap die belanje makan lepas tgk ladang die..sangat terharu.
  31. Macam2 persoalan dijawab
  32. Brader Asri baru buat pertanian 8 bulan, tapi da dapat anugerah ape ntah
  33. Pegawai Jab Pertanian Johor datang lawat ladang die untuk tgk Amalan Pertanian Baik
  34. Baru 8 bulan dan kalau die lulus, maka sayur2 die leh eskport gi Singapura.
  35. hai.....

Hari ketiga di Jasin

  1. Hari ketiga yang tak wat pape
  2. masing2 bangun lambat
  3. makan sarapan dan tengahari jam 3 petang
  4. kendian terus ke snuker di bandar jasin
  5. kendian isap rokok di rumah penulis dan lepak sampai pagi borak pasal awek
  6. abes satu hari yang tak faedah
  7. ingat tak pariz kat muar tau nenek die saket? malangnya ari ketiga kat jasin atok die meninggal
  8. mak paris and abang die datang ambek pariz kat jasin
  9. so ari berlalu begitu sahaja

Saturday, February 21, 2009

Hari kedua Di Muar

  1. memulakan Hari yang sangat pagi dan sangat cerah. Pedot tidak tidur semalaman kerana berjaga menonton match Liverpool.
  2. Ako dan Pariz pun tak dapat tidur nyenyak sebab banyak nyamok dan ade hantu.
  3. maka kami bangun awal dan seawal jam 730 bertolak ke bandar muar untuk mencari Jabatan pertanian dan Jabatan tanah daerah Muar.
  4. Hajat untuk bersarapan secara murah dan minom kopi o kampung di tepi2 jalan tidak kesampaikan kerana tiap kali diorang suruh berenti kereta ako tak berenti.
  5. Perjalanan dari Jasin ke Muar mengambil masa dalam 1jam lebih kot. Last2 berenti makan sebelum bandar mUar dekat Murtabak Singapore. Pergh diorang cakap klo gi Muar tak makan kat sini maka rugi.
  6. Nyatalah kami rugi sebab tutup lantas makan di mapley sahaje
  7. terus bertolak ke bandar muar. tempat pertama yang dilawati ialah Jabatan tanah mUar.
  8. sesungguhnya bandar muar sangat cantik dan sangat besar dari bandar jAsin.dahlah tepi laut. teringat kat sabah.
  9. Tujuan ako ke jab tanah ialah sepanjang penyelidikan ako, kalau nak wat pertanian tanah ni tak jadik masalah sebab korang leh gune tanah kerajaan, Contoh tanah TOL, tanah pencanwang TNB dan tanah2 kerajaan yang kosong la.
  10. Itu pun ako tau lepa ako bace pasal projek pertnian tanah terbiar..macam tu la kot bunyinye
  11. jadi pagi2 lagi ktorang da ke jab tanah dengan harapan nak dapatkan tanah kerajaan secare percume untuk wat penanaman
  12. Jadi biasalah kerajaan, jadi macam bola kejap ditendang sane sini naik turun .
  13. Last2 dapat jumpe pegawai yang betul tetapi adelah beberapa kesimpulan yang boleh dibuat pasal pejabat tanah ni.
  14. Kalau nak mintak tanah area Johor ni,,, pertama sekali kene tau mukim sebab ktorang tak abes2 kene tanye mukim mana mukim mukim..
  15. dahla orang KL mane tau mukim tu hape.
  16. lepas tu da tau mukim mane nak buat..pegi cek plak lot tanah tu atau die punye batu sempadan ke ape ke..
  17. tanyelah orang2 kampung area situ untuk pastikan lot atau tanah tu tak bertuan.
  18. kendian datang balik ke pejabat tanah untuk pastikan tanah tu tanah kerajaan
  19. pastu apply lah
  20. pastu tunggulah 10-20 taon baru dapat tanah tu
  21. kendian selalunya orang pejabat tanah ni (ako dengar cerite orang la) akan rembat tanah tu dlu sebelum bagi kat korang.
  22. jadi kesimpulannya nak dapat kan tanah kerajaan ni buang masa, baik gi carik tanah pajak sendiri
  23. dan macam2 la proses untuk dapatkan tanah keraajaan ni secara lecehnya.
  24. tapi adela beberapa cara lagi yang ako akan terangkan natni klo korang btol2 berminat nak dapatkan tanah kerajaan.
  25. Kendian abes di pejabat tanah ktorang menuju plak ke pejabat pertanian
  26. sebelum tu kene saman dlu...sebab tak bayar meter
  27. msalahnya kat area Muar tu mane ade meter
  28. die kene beli tiket parking untuk seminggu
  29. pergh abes klo pergi melawat sehari..kene beli tiker parking seminggu.
  30. maka keluarlah duit kompeni sebanyak rm3o untuk bayar saman. Paris gi deal ngan majlis pebandaran dan dapat rm10 lepas tawar menawar sebab diorang tau ktorang budak kl yang tatau pape pasal sistem tu.
  31. maka lepas lunch direct ke pejabat pertanaian.
  32. kat sini ktorang jumpe pegawai apetah nama haji tape tah yang sangat baik dan cool
  33. die siap nak mencalonkan ktorang untuk dapat Tokoh pertanian klaau pertanian ktorang berjaya.
  34. Die siap bagi nama kawan die yang kerja kat TKPM JOHOR bahru. Nama kawan die Mislan bin Palal kot..Pariz ngan pedot dengar cam palat. so diorang leh gelak2 sambil Pegwai tu heran paesal diorang gelak2.
  35. And ktorang gak disuruh ke pejabat pertanian dareah Tangkak. TU yang susah sebab area2 sini sume main mukim. Mukim tu mende btw?????
  36. Haji ni kate kat area tangkak tu jupe satu puan ni.. die jge pertanian sane. Kat sane banyak jagung katanye..jadi bolehla kalao ktorang nak wat hands on.
  37. Jadi dari situ ktorang ingat nak ke TKPM Kluang untuk lepak2 dan tengok ladang. Sebab tanah TKPM ni beratus2 hekatar besarnya.
  38. Ktorang ade gak Call tkpm ni dengan harapan nak masok sebagai peserta ttapi da penoh.
  39. dalam perjalan ke Kluang singgah makan kat kampung pariz. Tanye gak la cousin die kot2 tau pasal tanah yagn nak dipajak area tu
  40. btw kat kmapong pariz ni bapak die ade tanah..mak die ade tanah..tapi dekat sangat ngan kampong die..so die tanak la...walaopon ktorang dok pakse2 soh gune tanah ayah die.
  41. die dapat tau yang atok ke nenek die sakit kat hospital tapi die malas gi..hahaha
  42. tak jadi gi KLUANg sebab jauh sangat
  43. patah balik ke JAsin
  44. Sepanajng perjalanan ktiraong ade call KEJORA dan PELADAng kot..tanyepasal tanah2 diorang.
  45. KEJORA dan pertubuhan Peladang ni diorang ade program diorang sendiri. tapi kebanyakan tanam nanas la.
  46. Lepas tu baru ako dpat tahu secara jelas pasal projek tanah terbiar ni.
  47. dan dipendekkan cerita ktiraogn sampai kat jasin dan tidur

Hari pertama di Jasin.

  1. Hari pertama sampai di Jasin bertolak waktu tengahari sebab masing-masing bangun lambat walaupun janji nak bangun dan bertolak jam 8 pagi.
  2. sempat ke opis mak pariz untuk pau duit mak untuk ke jasin sebab kami semua tadek duit. sob sob sob.
  3. sampai di Jasin dalam waktu petang hari pertama. tak buat ape-ape dan terus lepak di rumah penulis yang terletak di Jasin.
  4. Sebelum itu kami juga nekad untuk menelefon Cik Ariswati yang rumahnya terletak di Melaka. Beliau ni jugak sangat pakar dalam bidang penanaman jagung tetapi beliau tidak membuat secara komersil. Menurut bliau penanaman jagung ini sangat berpotensi
  5. Mengikut kitab TAjul Muluk kami pun, Malaysia mengimport stok jagung. Pasaran dalam Malaysia pun tak cukup lagi. Jadi CIk ariswati ini sangat baik orangnya, jadi untuk sesiapa nak belajar tentang cara penanaman jagung secara lebih dekat maka kontek2 lah beliau
  6. Hari pertama yang membosankan, lantas penulis telah masak nasi dan memasak lauk sambal sardin untuk makan malam.
  7. Makan tengah malam pulak di Jasin. Semasa makan tengah malam Pariz telah meminum air teh tarik kuku jari kiri.
  8. Semasa meminum teh tarik, Paris telah menarik satu kuku dari dalam minuman nya. nAsiblah dia tak termuntah.
  9. Kitorang jugak telah menjamah kerang bakar yang sangat sedap di Din Corner di Jasin.
  10. Pada waktu malamnya ade match liverpool. Pedot berkobar2 untuk menonton match. Die kate...' ako tak gi final exam semata2 nak tgk match liverpool, ako sanggup redah jalan2 sunyi ni yang ade hantu..'
  11. Maka penulis mengangumi keberanian pedot untuk drive sorang2 diri mencari mapley menonton match. Nasib beliau baik wlauapun telah dinasihatkan berulang kali bahawa pekan Jasin mati jam 10, beliau yang berdegil telah mejumpai sebuah kedai makan melayu kelantan yang tutup, tetapi pekerja2 restoran sedang menonton tv.
  12. Oh harap maap kerana rumah penulis di jasin tidak mempunayi Astro

Perjalanan Ke Jasin, Muar dan Tangkak

Dear Diary,
Hai diary buduh, hari ni ako nak menceritakan tentang perjalanan ako yang sangat panas ke daerah-daerah di Melaka dan Johor dalam usaha ako nak memulakan perniagaan ako sendiri. Ahaks.
Hoi diary,
Maka pada malam itu secara impromptu telah dicadangkan oleh Pedot untuk ktorang bergerak ke Melaka dan Johor. Cadangan ini dibuat sebab........tekalah sebab ape ahaks!..sebab kat Johor sane dikatakan terdapat banyak tanah gambut memandangkan keseseuaian penanaman jagung di atas tanah gambut.
Maka dalam perancangan syarikat, kitorang nak pajaklah beberapa ekar tanah di daerah Johro dalam usaha untuk memulakan perniagaan di sana. Walaupun agak jauh tapi ktorang tekad untuk start kat daerah Johor. Sebab ape?
  1. Tanah gambut. Kalau bekas tanam nenas lagi bagus.
  2. Lepas tu pasaran kat sane pon meluas.
  3. Kalau nasib baik, jagung yang baik dan bagus, serta mengamalkan AMALAN PERTANIAN BAIK boleh dipasrkan atau dieskport terus ke singapore
  4. Lepas tu kat Johor ni ade kontek Abang Moh..orang kampung yang tukang cari tanah pajak area pontian. Sape nak carik tanah area sane leh la kontek ngan Abang Moh ni
  5. nak gi Johor sebab nak buat hands on praktikel cara2 penanaman jagung
  6. lepas tu pedot nak gi curi jadual dekat ladang2 jagung. die nak curi masok ladang dan mencuri jadual pekerja dan peladang.
  7. untuk jumpa dengan jabatan2 pertanian daerah sane dan jabatan tanah berkaitan dengna hal mendapatkan tanah kerajaan

Perjalanan Ke Jabatan Pertanian Serdang


  1. Jadi setelah entry pertama ada yang bertanya perniagaan apakah yang telah dijalankan oleh budak-budak ini. Jadi unutk menjawab pertanyaan tersebut, perniagaan yang dijalankan ialah perniagaan menternak jagung. Tapi itu sebagai permulaan.

  2. Pada bulan Januari maka bermulalah penubuhan syarikat Al-Iman secara tidak rasmi yang mana syarikat ini akan memulakan aktiviti penanaman jagung secara komersil. Nama Al-Iman diambil bersempena dengan nama band budak budak tersebut.

  3. Terlalu banyak perancangan, terlalu banayk polisi dan terlalu banyak aktiviti perlepakan yang telah dibuat. Setiap hari apabila ibu dan bapak bertanya 'Ni keluar malam2 buat ape ni?' ..maka jawapan yang paling senang untuk dijawab ialah bisnes.
  4. Bukannya kami tidak mahu kerja makan gaji tetapi gaji yang tak mahu makan kami. Lagipun kami tak suka duduk bekerja 9-5 hari2 mengharap komputer.
  5. Oh sebelum tu kami juga ada niat untuk sambung belajar. (Kami dalam konteks ini ialah Pedot, penulis dan Pariz). Sebelum bertekad untuk membuat aktiviti perniagaan, kami telah ke Cosmopoint untuk mencari kursus2 pendek untuk menghiburkan hati kami. Alkaklumlah kami ni mmg gemar belajar.
  6. akan tetapi berlaku beberapa perisitiwa di Cosmopoint yang membantutkan niat kami untuk menyambung belajar di situ. Mak penulis juga ingin melihat penulis menyambung pelajarannya semula sebelum ke Oz.
  7. Jadi dipendekkan cerita yang panjang kerana penulis malas, maka ketiga-tiga badut inipun pergilah ke Jabatan pertanian Serdang untuk mencari informasi tentang pertanian Jagung.
  8. Banyak hasil kajian yang dibuat mereka ini berdasarkan blog dan forum sahaja maka untuk menyedapkan hati mereka ini, lantas mereka pun melawatlah Jabatan pertanian Serdang
  9. Di Jabatan pertanian Serdang berjumpa dengan Pegawai ape tah nama die. Pegawai ini ternyata kurang pengalaman. Antara soalan yang diajukan oleh Pariz -
  10. ' Cik kalau ade babi orang kate leh pasang pagar, tapi kalau ade monyet orang kate tak payah pasang pagar..terus blah dari situ..betul ke cik?'
  11. Maka pegawai itu pon menjawab.. pasanglah pagar tak nampak. Sungguh mendukacitakan jawapan yang kami terima tapi ape-ape pon itu masih dianggap pengalaman.
  12. Kami juga mendapat info bahawa 7-8 kilogram benih jagung manis sesuai untuk penanaman sebanyak 1 ekar. 1 kilo benih jagung manis berharga rm6 kalau tidak salah saya lah..
  13. Jadi di Jabatan Pertanian Seradang ini banyak juga lah ilmu yang telah dituntut berkaitan penanaman dan skil. Tetapi baja tidak dijual di sini jika tak salah saya lah.
  14. Jadi selepas lawatan ke Jabatan Pertanian Serdang, kami bergegas ke MARDI dengan harapan untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan teknologi penanaman jagung.
  15. Kami terus ke kedai buku MARDI. Di sana kami mendapatkan sebuah kitab azimat Tajul Muluk berkaitan dengan penamanan jagung yang berharga rm15 walaupun nipis.
  16. Di kedai buku ini anda boleh mendapatkan berbagai2 jenis buku yang melibatkan pandauan agrikultur jika anda inign melibatkan diri dalam bidag perntanian.
  17. Setelah itu kami pergi ke beberapa jabatan di dalam MARDi itu sndiri dan berjumpa dengna beberapa pegawai.
  18. banyak kejadian menarik berlaku di mardi tetapi akibat kemalasan penulis tak daptlah nak dirungkai di sini
  19. Cuma seketika di Mardi kami telah mendapat no telefon pegawai MARDI yang sedang bertugas di bahagian utara yang sangat pakar dalam bidang penanaman jagung.